Friday, 10 July 2020

BAYAR MURAH DUDUK DI APARTMENT AIRBNB

Hi uols! Harini nak share cara nak dapat discount duduk dekat hotel/apartment/condo via AirBnb. Ni dah kali kedua aku duduk sini and sangat sangat berbaloi okay!

Caranya senang je. Korang kena register AirBnb guna referral link sape sape jelah. Sebab kalau korang register macam tu je.. setahu aku korang takkan dapat apa apa.

Tapi, kalau guna referral link akan dapat up to RM165 off and semestinya ada minimum spend. Tapi sejujurnya aku tak dapat pun RM165 off tu..aku dapat RM135 off sahaja dengan minimum spend of RM 350 if i'm not mistaken (Sorry, sebab dia takde mention berapa exactly you need to spend).




AirBnb ni dia memang ada cleaning fee and service fee so harga jadi mahal even though korang tengok dia mention dekat situ RM260/night. That's why korang kena guna referral link weh baru dapat RM135 off tu.

So korang kena bayar RM221/night je untuk rumah cantik (as per attached) yang boleh muat around 8-10 pax. Kalau pergi dengan kawan kawan sorang bayar RM23 je ahhaha berbaloi gila dahlah selesa!



Aku sebenarnya tak kisah pun korang nak guna referral link sape sape.. saje nak share ahahha sebab aku register pun guna referral link orang lain and memang tak rugi.

PAYMENT

Okay actually AirBnb dia accept Credit Card only. Aku pernah tanya Customer Service AirBnb sendiri and dia cakap camtu lah.

Tapi actually korang boleh je guna Debit Card. Just need to make sure, korang activate International Transaction. Korang boleh activate via Maybank2u/Cimb Clicks etc. Korang boleh call tanya bank kalau tak pasti sebab aku pun call bank tanya haritu ahhahah.

Oh, lagi satu the grand total is the exact amount that you need to pay. Takde deposit ke apa semua maybe sebab korang dah kena bayar untuk cleaning and service fee.



Ok! tu je kut, takde apa dah nak share ahhaha. Trip to Cameron Highland ni my second trip by using Airbnb hihi and memang tak rugi. Nanti aku share.


Bye!




Wednesday, 4 March 2020

Jalan-Jalan : PENANG #DAY1

Jumaat - 28/2/2020

Kitaorang bertolak ke Penang pukul 11 pagi weh pastu sampai dalam pukul 4:30 😂 Ni sebab banyak berhenti dekat R&R lah ni.



Tol pergi bayar Rm35.51 dari KL pastu sebelum lalu jambatan Pulau Pinang kena bayar tol dalam Rm 5.74.

Sampai je homestay yang kitaorang sewa untuk 2 malam tu memang serious tak sabar sangat nak tengokkk.


                          cantik gila!

Homestay ni boleh muat dalam 6 orang tapi kitaorang bayar RM347 sahaja untuk 2 malam. Worth it! Nanti aku buat post lain camne aku dapat harga tu sebab supposedly untuk 2 malam dalam 500+ including cleaning fee semua.

Ok lepas checked in terus je solat mandi semua petang tu baru keluar balik. Dahlah sampai lambat kan pastu boleh plak melepak dalam rumah lagi 😂 

Sebab lapar gila dalam 5 lebih camtu kut ke pukul 6 camtu kitaorang pergi Padang Kota sebab nak cari Hameed Pata  Mee Sotong. Sebab dulu aku pergi Penang aku tak sempat makan ni haa pastu sampai 2 3 malam mimpi mee sotong ni hahahh. Sebab tu cari ni dulu haaa.



Nampak pedas tapi tak pedas langsung 😂
Pasemboq dia okay lah aku pun tak selalu makan so tak boleh nak komen lebih
Total makan/minum - Rm29


Malam tu pulak kitaorang terus pergi Pasar Malam Batu Ferringhi. Haritu ada baca pasar malam ni paling terpanjang dekat Malaysia kut? Tak sure lah. Tapi pasar malam tu memang serious best macam macam ada. Bagi aku Penang ni makan sedap, tempat nak cuci mata pun banyak. And barang barang yang dijual memang semua unik. Harga dia harga pasar malam lah mahaiiii.

Kitaorang gi pasar malam ni dua kali sebab kedai abang atas ni hahahh. Menarik weh! 

Kali pertama pergi tu beli yang atas ni je kat kedai abang tu. Dapat Rm10. Rasanya sebab tu supposedly untuk display tapi si member ni nak beli lah pulak. And esoknya kitaorang datang untuk ambik yang bawah ni pulak 

                             RM 30

Haritu abang tu ada bagi business card dia tapi mana tah aku letak. Yang pasti kalau nak cari kedai abang ni dekat dekat dengan food court pasar malam tu. Masuk food court sebelah kanan jalan sikit jumpalah kedai abang tu. Nama abang tu Hafiz tak silap.

                             RM 20

Kurang asam je beli Rm10 tapi esoknya pergi kedai lain Rm10 je noks stress sis. 

Ok tu je untuk first day. Lepas balik je pasar malam kitaorang terus beli Maggi makan dekat rumah tengok movie 😂 tah pape tah.

Kbye.





Makan - Makan : Nasi Kukus Kambing Bakar, Jalan Sri Rejang KL

Rabu - 04/03/2020 7PM

Hey! Semalam tetiba rasa nak makan kambing. Tapi tempat favourite kitaorang takde kambing hari Rabu so terpaksa cari kedai lain 😭 Actually kitaorang suka sangat makan kambing so banyak dah kedai kambing sedap sedap kitaorang tahu. Nanti share!



Ok so kitaorang decide nak makan dekat kedai Nasi Kukus Kambing Bakar ni. 

.                   Satu set RM14.90

Bagi aku sedap! And worth it. Sebab daging tu agak banyak jugak.

Satu set nasi kukus sotong besar RM14.90

Sotong tu memang banyak and bagi aku fresh. Aku suka! 

                 Mangga Lambak RM7

Yang ni sumpah sedap gila! Manis cukup cukup je and berlemak. Memang nice kena dengan harga. Kitaorang minum berdua sebab ni gelas besar. 

Haritu pergi orang tak ramai 3 meja je. And kedai tu pun maybe baru bukak kut tak sure sebab area tu ada berapa kedai je bukak and kedai ni tengah tengah camtu lah. 

Kawan aku cakap dia pernah makan dengan branch Shah Alam and lagi sedap. Tak sure kenapa camtu maybe sebab sana main branch? Bagi aku kambing tu sedap makan dengan nasi and ada belacan. Dengan aku memang laparnya. 

Ok tu jelah kut reviewnya. 

                      2 pax - RM 37.10

Rating : 4/5


Kbye.