Duduk je terus dapat menu.. semuanya nampak sedap gila maybe semua tengah lapar kut tak makan apa apa kan dari bangun tidur. So, ni yang kitaorang order..
K'razy spicy cheesy fried chicken bumbuk.
RM49.90
yang ni lepas ditarik tarik cheesenyaaaa
K'fry Nude Chicks
RM28.90
Yang ni just ayam goreng biasa je. dia macam ayam uncle bob tu lah rasanya
Harganya begitu sebab ni half chicken. Satu set ada dalam 10 ketul macam tu.
Tteokbokki with Cheese & Seafood
Harga tak ingat.
Aku takdelah minat sangat cheese tapi yang ni sedap sebab cheese tu.
Kalau kau makan without cheese tu hmm aku boleh bagi gred B- lah untuk rasa dia.
Kalau with cheese aku bagi B+ (still B sebab aku tak suka tteokbokki and
rasa kuah dia aku tak minat sangat)
And finally..
Mango Bingsoo
RM28
Ok yang ni memang a must try. Sedap weh!
Mangga tu pun manis sangat.
And sebab kitaorang makan ni last sekali (lepas makan semua ayam tu sampai
muak dah) menyebabkan rasa dia lagi sedap.
Kalau nak makan kat sini best kalau makan ramai-ramai so korang boleh order macam-macam. Sebab portion dia besar.. sesuai lah dengan harga kan. Pastu kalau nak makan dekat sini sila lah datang awal.. sebab selalu memang ramai yang beratur dekat luar tu. And lagi satu kalau korang datang sini sebab nak makan ayam dengan cheese tarik-tarik tu.. better janganlah datang malam sebab takut cheese habis. Kawan aku datang pukul 7pm macamtu, cheese dah habis. Makanan yang lain sedap je.. tapi tu kan best seller so memang kena try lah hihi.
Untuk service pulak, kitaorang tak tunggu lama sangat pun ada lah dalam
15 minit. And masa dah dapat spicy cheesy fried chicken & tteokbokki with cheese tu..
diaorang akan tanya dulu korang nak ambik gambar ke tak sebelum diaorang tarik tarik
cheese tu. Lagi satu from time to time, diaorang akan datang kat table korang
untuk pastikan korang dah dapat semua yang korang order :)
So for the rating, aku bagi
8.5/10
korang try lah ..sedap! :)